22 Jun 2011

Seohyun SNSD jadi rebutan jejaka-jejaka???

Siapa yang tak kenal Seohyun? sila angkat tangan.... hehe.. tak kenal??? ish ish....
sebenarnya aku pun tak berapa kenal... hahhaaha.. tapi aku nak gak tulis pasal awek nie..



sesiapa peminat tegar GIrl GEneration mestilah kenal kan dengan Seohyun nie... aku tak lah minat sangat, 
minat gitu-gitu jer.. yang aku kenal pun si Sunny (bagi aku paling comel lah ^^), Yuri, Yoona, Tiffany... haha.. tu jelah kot. sebab ramai sangat member dalam grup SNSD ni, so aku tak amik tau lah pasal yang lain termasuk si Seohyun ni.. sebab bagi aku dia takde la cun pun kan? (peminat fanatik Seohyun, sila jangan marah aku... huhu)



Aku terpanggil untuk tulis pasal Seohyun nie lepas tengok rancangan Win Win di KBS Channel Selasa lepas.. kenapalah senior-senior SNSD ni ramai yang dok puji-puji or jeles kat Seohyun.. pesal ek??? then aku search la sikit-sikit pasal dia ni.. 

Seohyun ni paling muda rupa-rupanya dalam grup SNSD ni.. ooo..
Seohyun ni unik rupanya sebab dia tak berkenan sangat ngan lelaki...oooo
Seohyun ni selalu bawak buku ke hulu ke hilir, kiranya dia ni artis berpendidikan la juga.. ooo
Seohyun seorang yang sopan, hormati orang tua, baik gitu... oooo
Seohyun got married with Yonghwa CNBlue... WHAT?!!!! dia kahwin dengan Yonghwa???



Sila relax ye... dia kawin olok-olok je dalam rancangan realiti TV 'We Got Married'.. huhu
macam mana aku boleh tak tau rancangan ni??? tahun lepas daaa rancangan ni dibuat...


ok, FINE.. si Yonghwa ni pun rupa-rupanya minat gila ngan Seohyun.. bukan Yonghwa sorang jer admire kat Seohyun.. ramai gak la artis yang femes amous kat Korea tu tangkap cintan dengan dia ni.. huhu. antara jejaka-jejaka tersebut adalah :

1. JUNG YONG HWA C.N BLUE




Seperti kenyataan di atas ketara sangat si Yonghwa ni suka kat Seohyun. Leader C.n blue ini terpilih jadi suami Seo Hyun dalam rancangan 'We Got Married'.. Yonghwa juga memberi pengakuan kalau isterinya Seo Hyun adalah wanita yang sangat manis... semua ni korang bole tengok kat youtube. banyak sangat episode nyer.. aku pun tak habis tengok lagi T_T.

Antara kenyataan lain dari Yonghwa ialah “Saya belum pernah bertemu seseorang seperti dia” 
Wow.. nampak Seohyun sangat istimewa kan???

2. JIN WOON 2AM'



Jin Woo dikenali sebagai seorang yang mempunyai  vokal yang bagus.. Yelah, sume-sume ahli dalam 2AM boleh nyanyi kan... dan Jin Woo ni agak cute la bagi aku..

Jin Woo ni minat sesangat kat Seohyun sampaikan dia ada buat pengakuan yang password komputer dia adalah nama si Seohyun.. dia agak jeles ye bila tengok rancangan 'We Got Married' di mana Yonghwa adalah  orang yang dipilih Seohyun sebagai suami dalam rancangan tersebut..

3. MIR MBLAQ 



Mir membuat pengakuan yang dia sukakan Seohyun diantara ahli-ahli yang lain dalam SNSD..  dulu dia suka Tae Yeon, sekarang tidak lagi.. huhu. berpaling arah yer..

 4. KEY SHINEE



Key juga mengakui yang dia sukakan Seohyun kerana wajahnya yang polos dan kecantikannya yang benar-benar sempurna….

5. SON DONG WOON BEAST




Son Dong memberi pengakuan yang sama dengan Jin Woon, Mir, dan Key di dalam rancangan yang sama, mereka berempat memilih Seo Hyun sebagai member yang paling mereka sukai, dan Dong Woon menyukai Seo Hyun kerana dia adalah wanita yang baik, benar-benar polos dan cantik….

6. TAE HEON ZE:A



Salah seorang member Ze:a ini memberi pengakuan di sebuah variety show yang diadakan untuk semua member Ze:a, dia memberitahu bahawa Seo Hyun itu wanita idamannya, dia juga menyatakan bahawa  Seo Hyun sememangnya seorang wanita yang baik.


7. KYUHYUN SUPER JUNIOR

Seohyun lebih banyak digosipkan dengan Kyuhyun. ini kerana mereka dilihat sebagai pasangan kekasih  terutama dalam MV Seoul (suju ft. snsd).

8. SEUNGRI BIGBANG

Sewaktu valentine di Star Golden Bell 2009, Bigbang menjadi tetamu dan Seungri membuat pengakuan bahawa dia ingin sekali hadiah coklat daripada  Seo Hyun Snsd. well, pengakuan yang pasti membuatkan Seohyung rasa dirinya begitu berharga..

9. MINHO SHINEE

Minho pun minat gak kat Seohyung.. wah, bukan calang-calang orang yang suka si Seohyun ni.

10. JUNSU 2PM

Di dalam Idol Army. Season 3. disana Junsu milih siapa?? Seo Hyun juga.

Best gilak si Seohyun jadi rebutan..... yang minat kat dia sumenye IDOL tu.. famous amoussss tuuu..
sebagai seorang perempuan, nape aku tak nampak lagi kecantikan si Seohyun ni.. mungkin aku kene habiskan tengok rancangan "We Got Married' tu sampai habis kot.. baru tahu keCHARMingan si Seohyun tu di mana..hehe.


Korang tak percaya..??? cer tengok video kat bawah ni... Jinwoon jelesss ka???




p/s : aku tetap merasakan Sunny SNSD lagi comel lorrr =(

No comments:

Post a Comment