Siapa yang tak kenal Seohyun? sila angkat tangan.... hehe.. tak kenal??? ish ish....
sebenarnya aku pun tak berapa kenal... hahhaaha.. tapi aku nak gak tulis pasal awek nie..
sesiapa peminat tegar GIrl GEneration mestilah kenal kan dengan Seohyun nie... aku tak lah minat sangat,
minat gitu-gitu jer.. yang aku kenal pun si Sunny (bagi aku paling comel lah ^^), Yuri, Yoona, Tiffany... haha.. tu jelah kot. sebab ramai sangat member dalam grup SNSD ni, so aku tak amik tau lah pasal yang lain termasuk si Seohyun ni.. sebab bagi aku dia takde la cun pun kan? (peminat fanatik Seohyun, sila jangan marah aku... huhu)
Aku terpanggil untuk tulis pasal Seohyun nie lepas tengok rancangan Win Win di KBS Channel Selasa lepas.. kenapalah senior-senior SNSD ni ramai yang dok puji-puji or jeles kat Seohyun.. pesal ek??? then aku search la sikit-sikit pasal dia ni..
Seohyun ni paling muda rupa-rupanya dalam grup SNSD ni.. ooo..
Seohyun ni unik rupanya sebab dia tak berkenan sangat ngan lelaki...oooo
Seohyun ni selalu bawak buku ke hulu ke hilir, kiranya dia ni artis berpendidikan la juga.. ooo
Seohyun seorang yang sopan, hormati orang tua, baik gitu... oooo
Seohyun got married with Yonghwa CNBlue... WHAT?!!!! dia kahwin dengan Yonghwa???
Sila relax ye... dia kawin olok-olok je dalam rancangan realiti TV 'We Got Married'.. huhu
macam mana aku boleh tak tau rancangan ni??? tahun lepas daaa rancangan ni dibuat...
ok, FINE.. si Yonghwa ni pun rupa-rupanya minat gila ngan Seohyun.. bukan Yonghwa sorang jer admire kat Seohyun.. ramai gak la artis yang femes amous kat Korea tu tangkap cintan dengan dia ni.. huhu. antara jejaka-jejaka tersebut adalah :
1. JUNG YONG HWA C.N BLUE
Seperti kenyataan di atas ketara sangat si Yonghwa ni suka kat Seohyun. Leader C.n blue ini terpilih jadi suami Seo Hyun dalam rancangan 'We Got Married'.. Yonghwa juga memberi pengakuan kalau isterinya Seo Hyun adalah wanita yang sangat manis... semua ni korang bole tengok kat youtube. banyak sangat episode nyer.. aku pun tak habis tengok lagi T_T.
Antara kenyataan lain dari Yonghwa ialah “Saya belum pernah bertemu seseorang seperti dia”
Wow.. nampak Seohyun sangat istimewa kan???
2. JIN WOON 2AM'
Jin Woo dikenali sebagai seorang yang mempunyai vokal yang bagus.. Yelah, sume-sume ahli dalam 2AM boleh nyanyi kan... dan Jin Woo ni agak cute la bagi aku..
Jin Woo ni minat sesangat kat Seohyun sampaikan dia ada buat pengakuan yang password komputer dia adalah nama si Seohyun.. dia agak jeles ye bila tengok rancangan 'We Got Married' di mana Yonghwa adalah orang yang dipilih Seohyun sebagai suami dalam rancangan tersebut..
3. MIR MBLAQ
Mir membuat pengakuan yang dia sukakan Seohyun diantara ahli-ahli yang lain dalam SNSD.. dulu dia suka Tae Yeon, sekarang tidak lagi.. huhu. berpaling arah yer..
4. KEY SHINEE
Key juga mengakui yang dia sukakan Seohyun kerana wajahnya yang polos dan kecantikannya yang benar-benar sempurna….
5. SON DONG WOON BEAST
Son Dong memberi pengakuan yang sama dengan Jin Woon, Mir, dan Key di dalam rancangan yang sama, mereka berempat memilih Seo Hyun sebagai member yang paling mereka sukai, dan Dong Woon menyukai Seo Hyun kerana dia adalah wanita yang baik, benar-benar polos dan cantik….
6. TAE HEON ZE:A
Salah seorang member Ze:a ini memberi pengakuan di sebuah variety show yang diadakan untuk semua member Ze:a, dia memberitahu bahawa Seo Hyun itu wanita idamannya, dia juga menyatakan bahawa Seo Hyun sememangnya seorang wanita yang baik.
7. KYUHYUN SUPER JUNIOR
Seohyun lebih banyak digosipkan dengan Kyuhyun. ini kerana mereka dilihat sebagai pasangan kekasih terutama dalam MV Seoul (suju ft. snsd).
8. SEUNGRI BIGBANG
Sewaktu valentine di Star Golden Bell 2009, Bigbang menjadi tetamu dan Seungri membuat pengakuan bahawa dia ingin sekali hadiah coklat daripada Seo Hyun Snsd. well, pengakuan yang pasti membuatkan Seohyung rasa dirinya begitu berharga..
9. MINHO SHINEE
Minho pun minat gak kat Seohyung.. wah, bukan calang-calang orang yang suka si Seohyun ni.
10. JUNSU 2PM
Di dalam Idol Army. Season 3. disana Junsu milih siapa?? Seo Hyun juga.
Best gilak si Seohyun jadi rebutan..... yang minat kat dia sumenye IDOL tu.. famous amoussss tuuu..
sebagai seorang perempuan, nape aku tak nampak lagi kecantikan si Seohyun ni.. mungkin aku kene habiskan tengok rancangan "We Got Married' tu sampai habis kot.. baru tahu keCHARMingan si Seohyun tu di mana..hehe.
Korang tak percaya..??? cer tengok video kat bawah ni... Jinwoon jelesss ka???
p/s : aku tetap merasakan Sunny SNSD lagi comel lorrr =(
kadang-kadang kita leka untuk terus mencintaiNya..
dalam kegelisahan, dalam keresahan..
kita seringkali lupa..
masih ada yang perlu kita semaikan dalam hati
kita lupa... Dia masih ada untuk kita
Hidup ini satu pementasan
aku dengan caraku.. kamu dengan lagak gayamu.. dia dengan perjalanan hidupnya
kita berbeza..
corak kehidupanku penuh abstrak.. kamu pun... begitu juga dia
tapi percayalah
aku, kau dan dia.. kita semua
punya satu cinta
Walau seribu rintangan... hanya padaMu
SATU CINTA
yang selamanya aku cari..
selamanya..
lirik lagu Star Five – Satu Cinta
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Aku suka tengok rancangan Oh! My School... Seyesly, rancangan ni best sangat.. boleh buat orang gelak sampai tak ingat.. dengar tajuk macam boring jer kan.. cer cube tengok, best gler.. one of my favourite program at KBS channel.. tiap-tiap minggu aku akan pastikan aku tengok rancangan ni..
So, sesiapa yang selalu tengok rancangan ni mesti kenal la ngan si comel jelita Hyosung.. aku suka tengok Hyosung nie sebab dia comel dan dia juga pandai.. lagi satu, dia ni menjadi rebutan idol lelaki korea yang aku rasa HOtttttt tauuu...dengan siapa???
kikwang, lee joon, jinon, sungje, yooseob and even lee junki...
Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.