12 May 2011

Korea Dunia Fantasi.. Ye ker?? (Part I)


Annyeonghaseyo... haha.. buang tebiat ke ape ye dak... hehe.. ni nak cer citer sikit pasal negara Korea ni... semalam adela aku terbaca satu news kat METRO kan... tajuk nyer 'KOREA tawan MANIPUR'.. giler dasyat tajuk nyer kan? macam nak berperang pun ada.. betul ker KOREA sebegitu dasyat sekali? emmm, ni bukan pasal perang yer kawan-kawan, tapi ni pasal kePOPULARitian negara KOREA itu sendiri telah menarik perhatian kita tak kiralah dari aspek mane pun... yela, aku rase bukan negara MANIPUR jer rase penangannya.. MALAYSIA pun tak terkecuali gak la kan... (termasuk aku.. ╥)

Manipur adalah sebuah negara yang bersempadan dengan Myanmar dan Bangladesh. Pada zaman 1970-an hingga 1990-an, Bollywood menguasai sumber hiburan di Manipur.. (sekarang ni tak lagi la sebab dorang da layan K-Pop dan seangkatan dengannya) Tapi penduduk Manipur mempunyai ciri-ciri  yang lebih hampir di Korea berbanding penduduk lain India.

Antara kata-kata yang boleh diambil daripada penduduk Manipur ialah " Kehidupan di sana (Korea) macam seronok sangat apatah lagi semuanya nampak menarik. Perempuan cantik dan lelaki pula comel".. emm, memang tak dinafikan la, semuanya memang nampak indah.. tambah-tambah kalau korang dok layan cerita Korea kan.. mesti tangkap feeling punya macam korang ada kat alam dunia fantasi la kan? kan? kan? ^^

Ok, kita tinggalkan pasal negara Manipur tu sebab topik aku sekarang ni nak cerite pasal Korea.. Aku rasa lah kan, penangan dia pun hebat gak kat Malaysia ni.. kalau tak, takdela timbul ceriter K-Pop 24:7 n GULA-GULA Malaysia.. (taknak la sebut name grup tu nanti aku meroyan  ) Aku pun salah sorang kot yang telah pun ditawan... (hehe.. takpe-takpe aku suka

Korean Drama , Korean Fashion, Korean Actor, Korean Song, Korean Shoes la bagai.. sume nak korea kan.. kalau bole dari atas ke bawah sumenyer barang-barang korea la... bukan nyer ape kan, benda-benda tu sume buat aku rase cute giler... ni semua pengaruh drama la, tambah-tambah ada channel KBS kat rumah... dah macam dok Korea jer aku rase..antara faktor-faktor aku suka Korea ialah...

Orang Korea Hensem^^
Lee Min Ho

Jang Guen Suk

Rasa indah je dunia ni kalau ada orang ensem macam ni kan??? tapi itu bukan faktor utama la.. ape yang aku nak katakan kat sini, dorang ni macam seorang yang mengutamakan penampilan diri.. itu yang best tuuu.. tak gitu.. nampak kemas je.. walaupun tak sume orang Korea sehensem nie tapi bila pelakon-pelakon Korea ni berpenampilan menarik.. secara tak langsung ia memberi kesan positif kepada penduduknya untuk lebih nampak menarik dan sopan.. sopan ker??? aku rasa sopan la kot ^^ Dunia yang kita rasa bestnyer hidup ni kan...? sumenyer nampak elok, perfect, gorgeous etc.... Thehehe~

Gurl yang cute
Yoon Eun Hye

Chae Rim

Cute kan?? aku yang pompuan ni pun geram je nengoknyer... hehe.. comel la dan sumenyer nampak sangat AWESOME k... macam senderrellaa.. hikhik.. well, orang kate orang Korea ni ramai yang buat plastic surgery.. yang tu yang tak baiknyer.. tapi ada gak yang neutral beauty.. bukan hanya pada paras rupa, dorang ni juga berbakat... kalau tengok drama korea ni boleh nangis u..;( best kan?? pandai, cantik, kurus, comel dll lagi la... ^^

Drama yang best gila!!
Baby Face Beauty

Personal Taste

Drama-drama Korea korang tak yah cakap la.. Penuh dengan kreativiti, geram, sedih, gembira... macam-macam emosi ada.. bermula dengan Winter Sonata, Autumn Tale, All About Eve, Iljimae, You're Beautiful, Personal Taste dan banyak lagi la.. sumenyer best-best belaka. tengok banyak kali pun tak pe kot, tak jemu... setiap drama ada cerita yang tersendiri... komitmen mereka dalam sesuatu drama tu nampak bersungguh-sungguh.. secara tak langsung, kita pun rasa bersungguh-sungguh benor menengoknyer.. hehe.. ni pun salah satu daya tarikan orang ramai untuk lebih mengenali Korea.. sebab drama mereka juga melambangkan budaya dan cara hidup mereka.. dari situ la kita mula mengenali bahasa Korea 

Annyeonghaseyo - Hello
Kamsahamnida - Terima kasih 
Sarangheyoo - Aku cinta kamu

Best kan??? kehidupan yang digambarkan di dalam drama-drama Korea secara tidak langsung mempengaruhi kita untuk menjadi seperti mereka juga... kalau la kita berfikiran positif, jadikan ini semua satu gaya hidup yang sihat.. ok what??? memang tak semua indah seperti yang digambarkan dalam drama-drama tersebut tapi jika dilihat dari segi kebaikan... ia juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita...

Best Song ever
Super Junior yang HOT.fm

Kemunculan penyanyi-penyanyi yang  berbakat dan dapat menghiburkan hati di kala stress melanda.. hehe.. muzik dorang juga variety... kalau korang nak lagu sedih ker? lagu rancak ker? nak menari ker? aku rasa    K-Pop memang da best la.... 

p/s : Eh, jangan lupa Super Junior datang Malaysia 28 May nie... 

Baru 4 point rupenyer aku tulis, panjang berjela macam tulis karangan SPM plak... banyak lagi aku nak tulis ni... tapi cukupla sampai sini kot.. kang tak larat pulak nak baca.. sambung part 2 la nanti..(kalau rajin) huhu. sebelum berpisah, aku sediakan lagu daripada Kumupulan KARA ni untuk korang enjoy k... ^^ Honey


p/s : tak de orang nak sponsor aku gi Korea ke eh??? hehe






9 May 2011

Petua Mencuci Hati

Bernafas dan hidup di dunia ini adalah satu kurniaan yang sangat indah diberikan kepada manusia oleh Penciptanya.. So, kita sebagai manusia yang tak sempurna nie... perlu mengingati sesama kita supaya kehidupan kita di dunia nie akan lebih diredhaiNya... Macam mana??? Hati kita perlulah bersih... Theheeh~

Macam nak cantik jugak la.. macam-macam petua ada kan...???
Nak cantik gak perlu ada hati yang bersih... kalau tak memang tak cantik la.. so, kene cuci hati kita betul-betul untuk nampak lebih cantik ye kawan-kawan ^^

Petua mancuci hati nie aku amik dekat link Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 

Owh untuk sape??? Petua ni khas untuk kau, kau, kau, eh kamu juga, kamu dan aku sendiri LOL ^^ SANGAT PENTING YER mempunyai hati yang bersih...



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


p/s : hati yang bersih akan melahirkan jiwa yang tenang jugak.. selamat beramal (^,^)v


Aishiteru - Cinta Melody

Wah.. hari ni betul-betul menguji kesabaran aku.. Sooo hot kan hari ni. sampai tertido gak la tadi.. tak pernah jarang kot aku tido petang... tup tup tido pulak arini... (xbaik mengeluh kan??? dosa..hukhuk) bangun-bangun jer terus ngadap tv... sangat bosan yer sebab saya ni memang tengok cter-cter korea jer lebih.. tapi petang ni rasenyer cter CinTa MElody ni jer yang ade.. best ke idak??? ntah la. layankan ajer.. 

Tapi kan.. kan... OST dia sangat best la.. cer cube dengar.. 

愛してる Aishiteru

apa la Aishiteru ni.. ape ni???? ape ni??? (hep.. so annoying la kamu  ╥ )

maksudnyer.. AKU CINTA KAMU..
owh.. so sweet kan... i lap u laaaa~



Lirik Lagu Zivilia Band – Aishiteru (Aku Cinta Kamu) [Lagu Tema Sinetron Cinta Melody]
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu

Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]
sebab utama tengok cter ni ialah.... emmmm
1. OST die best 
2. Heroin dia CUN bangat
3. Hero dia pun GANTANG bangat ni.. hahahaha (gelak evil ^^) 
owhhh, cerita dia aku tak nak komen.. sebab baru tengok tadi.. tak taula plak episod berape.. hikhik.. 
sedikit info pasal hero and heroin cter yang sedang hangat nie.. (erk.. lupe lak aku ketinggalan)
HERO - Randy pangalila sebagai Elang

hai Elang Aishiteru la... hikhik... lalalaalallaa


HEROIN - Chelsea Olivia sebagai Melody


comel kan si Olivia ni... gigi arnab dia yang mahal tu.. ^^

p/s : dengar cter gak.. cter ni tak berapa nak happy ending sangat.. betul ker?? cer cter ckit... huhu T_T


2 May 2011

~ Short Vintage Necklace Korean Fashion ~



Code : C 15
Pinky spring lover
RM25.00


Code : C 14
Black rose
RM18.00



~All prices are not include the postage fee
~ Order 3 pieces & above will be FREE postage for West Malaysia.



~ Long Necklace Vintage Korean Fashion ~


Code : C 01
Vintage owl fashion
RM28.00


Code : C 02
Colourful cute owl vintage
RM24.00



Code : C 03
Blue-green tree and cute bird cage
RM25.00

Code : C 04
Silver multiple circles
RM25.00


Code : C 05
Crystal ribbon
RM25.00


Code : C 06
Flower dangling
RM25.00




Code : C 07
Black shiny circle
RM22.00


Code : C 08
Silver heart 
RM20.00


Code : C 09
Bear clock
RM33.00
The clock is working



Code : C 10
Butterfly colourful
RM22.00



Code : C 11
Red princess
RM25.00


Code : C 12
Blue jeans colour ribbon pearl 
RM25.00


Code : C 13
White butterfly fashion
RM20.00


Code : C 16
Light gold
RM25.00




Code : C 17
Pearly fashion
RM22.00

Code : C 18
Antique silver heart lovely
RM23.00



Code : C 19
Multiple dangling black
RM23.00


Code : C 20
Vintage peacock colourful
RM23.00 



Code : C 21
Beyond the moon
RM20.00



Code : C 22
Red triple butterflies
RM25.00


~All prices are not include the postage fee
~ Order 3 pieces & above will be FREE postage for West Malaysia.



28 Apr 2011

~ Beauty & Healthy with VCO ~


Mari dekat.. mari rapat… hehe.
Ramai yang tahu pasal VCO ni kan?? Tapi masih ramai juga yang tak tahu apa itu VCO…
Meh sini… nak cer ceriter sikit… VCO tu ape eh???
VCO = VIRGIN COCONUT OIL atau dalam bahasa Melayu lebih dikenali sbg MINYAK KELAPA DARA


Ni lah VCO yang diperkata-katakan ..
Ok. Sedikit info berkenaan VCO

BUKAN SJENIS UBAT TAPI VCO ADALAH DIETARY SUPPLEMENT

100% NATURAL INGREDIENTS DIMANA STRUKTUR ASAL VCO DIKEKALKN TANPA PENGGUNAAN HABA DAN BAHAN KIMIA UNTUK MEMBERIKAN KESAN YANG MAX

MADE IN MALAYSIA, DIJAMIN HALAL DAN KELUARAN BUMIPUTERA



VCO SOFTGEL CAPSULE(best seller )
60 biji
vco dalam bentuk kapsul lembut
dimakan sebiji 2x sehari & boleh disapu di muka


Apakah itu? 

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. mereka juga di dapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.


Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? 
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.


KEBAIKAN VCO

Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
✓ Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.

✓ Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
✓ Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
✓ Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
✓ Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
✓ Melindungi tubuh daripada kanser.
✓ Jerawat cepat susut
Regular semula PMS anda
✓ Sistem penghadaman lebih baik
Kesuburan
Kurangkan rasa senggugut
Batuk dan Selsema cepat hilang
Mengurangkan tidur berdengkur
✓ Yang paling penting… Ia dapat mengurangkan keadaan mudah laparbila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal- tidak perlu makan banyak dan kerap
✓ Jika disapu, dpt mncegah garis halus, kulit jadi lembut dan gebu
✓ Dpt mgurangkan kulit kering dan kusam
Mengurangkan stretchmarks bg ibu mgandung
✓ Mengurangkan rasa mudah letih


Khas untuk ibu2 mengandung & selepas bersalin

1.memang kurang keletihan & rasa bertenaga sepanjang hari
2.mudah bersalin (mungkin sbb kesan pengambilan capsule yg mengandungi 100% VCO
3.kulit anak yang lembut dan cantik
4.tiada kesan kulit kering/strechmark bagi ibu



Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?

Yup! Lelaki pon memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni as suppliment :)

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni? 

Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama sebulan :)

VCO nih sesuai dengan semua peringkat umur ke?

Of course semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Umur 8 tahun pon ada yang makan.

Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?

Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1  :)
Makan dan Sapu di muka

- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan siket guna jarum dekat softgel tuh then apply kat muka. Kalau boleh wat before nk tido malam tuh.Kalau nk biarkan smpi pagi terpulang la..Tp 15 minit pon dh ok..kasi die serap kat kulit muka...tp utk kulit sihat n cntek,better mkn n sapu laa  :) Yang penting, pengambilan VCO untuk makan 2 biji kapsul setiap hari jangan pernah skip. Amalkan. 

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?

Tidak. Cuma ianya oily bila sapu dekat muka je. Then, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tuh :) 

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?

Tak :) If u da kurus, dun worry takkan lagi kurus after makan sebab metabolisme dah tggi. Cume yang utk metabolisme rendah je die akan naikkan. So dun worry ok! 

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni? 
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. Depends :)

Halal ke VCO ni?

VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

So, sesiapa yang nak tanya dan nak order..
Boleh isi form atau emailkan ke anekashopper@yahoo.com

HARGA VCO
Harga 
untuk semenanjung sebotol rm39.90+ pos rm6 = total RM 45.90

untuk S/S sebotol rm43.90 + pos rm9 = total RM 52.90 



p/s : Secara peribadi... i like VCO so much.. Sebab bila makan VCO ni badan betul-betul rasa cergas, senang bangun pagi dan kurang rasa lapar... Suka sesangaatttt ler ♥♥ ~