12 May 2011

Korea Dunia Fantasi.. Ye ker?? (Part I)


Annyeonghaseyo... haha.. buang tebiat ke ape ye dak... hehe.. ni nak cer citer sikit pasal negara Korea ni... semalam adela aku terbaca satu news kat METRO kan... tajuk nyer 'KOREA tawan MANIPUR'.. giler dasyat tajuk nyer kan? macam nak berperang pun ada.. betul ker KOREA sebegitu dasyat sekali? emmm, ni bukan pasal perang yer kawan-kawan, tapi ni pasal kePOPULARitian negara KOREA itu sendiri telah menarik perhatian kita tak kiralah dari aspek mane pun... yela, aku rase bukan negara MANIPUR jer rase penangannya.. MALAYSIA pun tak terkecuali gak la kan... (termasuk aku.. ╥)

Manipur adalah sebuah negara yang bersempadan dengan Myanmar dan Bangladesh. Pada zaman 1970-an hingga 1990-an, Bollywood menguasai sumber hiburan di Manipur.. (sekarang ni tak lagi la sebab dorang da layan K-Pop dan seangkatan dengannya) Tapi penduduk Manipur mempunyai ciri-ciri  yang lebih hampir di Korea berbanding penduduk lain India.

Antara kata-kata yang boleh diambil daripada penduduk Manipur ialah " Kehidupan di sana (Korea) macam seronok sangat apatah lagi semuanya nampak menarik. Perempuan cantik dan lelaki pula comel".. emm, memang tak dinafikan la, semuanya memang nampak indah.. tambah-tambah kalau korang dok layan cerita Korea kan.. mesti tangkap feeling punya macam korang ada kat alam dunia fantasi la kan? kan? kan? ^^

Ok, kita tinggalkan pasal negara Manipur tu sebab topik aku sekarang ni nak cerite pasal Korea.. Aku rasa lah kan, penangan dia pun hebat gak kat Malaysia ni.. kalau tak, takdela timbul ceriter K-Pop 24:7 n GULA-GULA Malaysia.. (taknak la sebut name grup tu nanti aku meroyan  ) Aku pun salah sorang kot yang telah pun ditawan... (hehe.. takpe-takpe aku suka

Korean Drama , Korean Fashion, Korean Actor, Korean Song, Korean Shoes la bagai.. sume nak korea kan.. kalau bole dari atas ke bawah sumenyer barang-barang korea la... bukan nyer ape kan, benda-benda tu sume buat aku rase cute giler... ni semua pengaruh drama la, tambah-tambah ada channel KBS kat rumah... dah macam dok Korea jer aku rase..antara faktor-faktor aku suka Korea ialah...

Orang Korea Hensem^^
Lee Min Ho

Jang Guen Suk

Rasa indah je dunia ni kalau ada orang ensem macam ni kan??? tapi itu bukan faktor utama la.. ape yang aku nak katakan kat sini, dorang ni macam seorang yang mengutamakan penampilan diri.. itu yang best tuuu.. tak gitu.. nampak kemas je.. walaupun tak sume orang Korea sehensem nie tapi bila pelakon-pelakon Korea ni berpenampilan menarik.. secara tak langsung ia memberi kesan positif kepada penduduknya untuk lebih nampak menarik dan sopan.. sopan ker??? aku rasa sopan la kot ^^ Dunia yang kita rasa bestnyer hidup ni kan...? sumenyer nampak elok, perfect, gorgeous etc.... Thehehe~

Gurl yang cute
Yoon Eun Hye

Chae Rim

Cute kan?? aku yang pompuan ni pun geram je nengoknyer... hehe.. comel la dan sumenyer nampak sangat AWESOME k... macam senderrellaa.. hikhik.. well, orang kate orang Korea ni ramai yang buat plastic surgery.. yang tu yang tak baiknyer.. tapi ada gak yang neutral beauty.. bukan hanya pada paras rupa, dorang ni juga berbakat... kalau tengok drama korea ni boleh nangis u..;( best kan?? pandai, cantik, kurus, comel dll lagi la... ^^

Drama yang best gila!!
Baby Face Beauty

Personal Taste

Drama-drama Korea korang tak yah cakap la.. Penuh dengan kreativiti, geram, sedih, gembira... macam-macam emosi ada.. bermula dengan Winter Sonata, Autumn Tale, All About Eve, Iljimae, You're Beautiful, Personal Taste dan banyak lagi la.. sumenyer best-best belaka. tengok banyak kali pun tak pe kot, tak jemu... setiap drama ada cerita yang tersendiri... komitmen mereka dalam sesuatu drama tu nampak bersungguh-sungguh.. secara tak langsung, kita pun rasa bersungguh-sungguh benor menengoknyer.. hehe.. ni pun salah satu daya tarikan orang ramai untuk lebih mengenali Korea.. sebab drama mereka juga melambangkan budaya dan cara hidup mereka.. dari situ la kita mula mengenali bahasa Korea 

Annyeonghaseyo - Hello
Kamsahamnida - Terima kasih 
Sarangheyoo - Aku cinta kamu

Best kan??? kehidupan yang digambarkan di dalam drama-drama Korea secara tidak langsung mempengaruhi kita untuk menjadi seperti mereka juga... kalau la kita berfikiran positif, jadikan ini semua satu gaya hidup yang sihat.. ok what??? memang tak semua indah seperti yang digambarkan dalam drama-drama tersebut tapi jika dilihat dari segi kebaikan... ia juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita...

Best Song ever
Super Junior yang HOT.fm

Kemunculan penyanyi-penyanyi yang  berbakat dan dapat menghiburkan hati di kala stress melanda.. hehe.. muzik dorang juga variety... kalau korang nak lagu sedih ker? lagu rancak ker? nak menari ker? aku rasa    K-Pop memang da best la.... 

p/s : Eh, jangan lupa Super Junior datang Malaysia 28 May nie... 

Baru 4 point rupenyer aku tulis, panjang berjela macam tulis karangan SPM plak... banyak lagi aku nak tulis ni... tapi cukupla sampai sini kot.. kang tak larat pulak nak baca.. sambung part 2 la nanti..(kalau rajin) huhu. sebelum berpisah, aku sediakan lagu daripada Kumupulan KARA ni untuk korang enjoy k... ^^ Honey


p/s : tak de orang nak sponsor aku gi Korea ke eh??? hehe






No comments:

Post a Comment