21 May 2011

Dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati.


"Dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati.."

Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain itu. ~Rabiatul Adawiyah~

"Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya."

Rancanglah...
catatkan perancanganmu atas sehelai kertas dengan pensil... jalani hidupmu...
redhalah jika ada perancangan yang terpaksa dikau padamkan kerana itu sememangnya bukan yang ditakdirkan untukmu...

Kita merancang namun Allah jua merancang & perancangan Allah itu amat cantik...

Terima ketentuan dariNya kerana pastinya Allah ingin menggantikan perancangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik...

wallahu'alam~


p/s : lupa pulak sumber dari mana petikan kata-kata ini, yang pasti jadikan panduan kita bersama dalam menjalani kehidupan.. selamat beramal ^^ 

2 comments: